Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Puteri Thai masih dirawat di hospital; perlukan alat bantuan sokong fungsi jantung, paru-paru & ginjal

Anggaran Waktu Membaca:
Puteri Thai masih dirawat di hospital; perlukan alat bantuan sokong fungsi jantung, paru-paru & ginjal

Puteri Bajrakitiyabha Mahidol . (Gambar: Lillian SUWANRUMPHA / AFP)

BANGKOK: Anak perempuan sulung Raja Thailand masih dirawat di hospital pada Isnin (19 Dis) dan sedang menerima bantuan bagi menyokong jantung, paru-paru dan buah pinggangnya.

Demikian menurut kenyataan Istana Thailand selepas beliau rebah pada minggu lalu.

Puteri Bajrakitiyabha Mahidol pada mulanya jatuh sakit pada Rabu malam (14 Dis) semasa sesi latihan anjing tentera di Nakhon Ratchasima di utara ibu kota Bangkok.

Dikenali di Thailand sebagai "Puteri Bha", wanita berusia 44 tahun itu adalah anak perempuan sulung Raja Maha Vajiralongkorn dan anak tunggal hasil perkahwinan pertamanya.

Undang-Undang Pewarisan Takhta 1924 lebih memihak kepada waris lelaki; namun, pihak istana belum lagi mengumumkan warisnya secara rasmi.

Selepas puteri itu rebah, beliau diterbangkan ke Bangkok di mana beliau terus menerima rawatan perubatan intensif di bawah pemerhatian rapi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada pagi Isnin, pihak Istana menyatakan bahawa keadaannya "stabil pada satu tahap" tanpa mengulas lanjut.

"Degupan jantung baginda dikawal menggunakan ubat," menurut kenyataan itu sambil menambah bahawa 'systole' iaitu sebahagian daripada proses di mana degupan jantung 'tidak lancar'.

"Pasukan perubatan menawarkan baginda ubat dan peralatan untuk menyokong fungsi jantung, paru-paru dan buah pinggang," tulis kenyataan tersebut.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan