Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putera William zahir penghargaan atas persembahan hebat Konsert Kemahkotaan bapanya

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Putera William menzahirkan penghargaan kepada bapanya dalam konsert ekstravaganza bagi meraikan kemahkotaan Raja Charles III.

"Pa, kami semua bangga dengan anda," kata Putera Wales itu sebelum memuji sifat dedikasi bapanya terhadap takhta yang dinaikinya termasuk gerak kerja kebajikan dan alam sekitar.

Pewaris takhta itu menyampaikan penghargaan tersebut di hadapan 20,000 orang yang menghadiri konsert yang berlangsung di Istana Windsor, lapor Astro Awani.

Antara selebriti yang terlibat adalah kumpulan Take That, Lionel Richie, Katy Perry, Paloma Faith, Andrea Brocelli, Sir Bryn Terfel dan Alexis Ffrench.

Pelbagai persembahan turut disajikan termasuk teater, balet dan penampilan bintang utama Doctor Who, Ncuti Gatwa dalam persembahan intepretasi Shakespeare, Romeo dan Juliet.

Hadir sama adalah Puteri Wales, Kate Middleton bersama dua anak mereka, Putera George dan Puteri Charlotte, menurut laporan Astro Awani.

Putera Louis yang baru menjengah usia 5 tahun pada 23 April lalu tidak hadir dan berada di kediaman mereka.

Konsert yang berlangsung lebih dua jam itu berlangsung di Laman Timur istana tersebut sekali gus menjadi majlis pertama seumpamanya diadakan di istana itu.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan