Putera William lancar anugerah sekitaran berprestij
Putera William dari Britain melancarkan satu anugerah berprestij bagi menghuraikan cabaran-cabaran alam sekitar yang paling besar untuk menyelamatkan bumi ini.

Putera William dari Britain mengunjungi Rumah Kebun di Peterborough.
LONDON: Putera William dari Britain melancarkan satu anugerah berprestij bagi menghuraikan cabaran-cabaran alam sekitar yang paling besar untuk menyelamatkan bumi ini.
Anugerah 'Earthshot Prize' menawarkan lima hadiah bernilai 1 juta pound atau AS$1.29 juta (S$1.75 juta) setiap satu selama 10 tahun akan datang.
Lima kategori anugerah itu adalah melindungi dan memulihkan alam sekitar, udara lebih bersih, 'menghidupkan' semula lautan, mengurangkan sisa dan perubahan iklim.
Pencalonannya yang pertama dibuka pada 1 hari bulan depan dan upacara penyampaian anugerah berlangsung pada musim luruh tahun depan di London.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.