Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putera William gesa orang ramai ikuti contoh Ratu Elizabeth dapatkan vaksin COVID-19

Putera William sedang menggalakkan orang ramai di Britain untuk mengikuti contoh Ratu Elizabeth II, neneknya, mendapat suntikan terhadap COVID-19 sedang pihak berkuasa melawan kebimbangan yang tidak berasas mengenai keselamatan vaksin tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Putera William gesa orang ramai ikuti contoh Ratu Elizabeth dapatkan vaksin COVID-19

Ratu Elizabeth dan suaminya sudah menerima suntikan vaksin COVID-19. (Gambar: Reuters/Ben Stansall, Pool)

Diterbitkan : 18 Jan 2021 07:37PM Dikemas Kini : 18 Jan 2021 08:01PM

ENGLAND: Putera William sedang menggalakkan orang ramai di Britain untuk mengikuti contoh Ratu Elizabeth II, neneknya, mendapat suntikan terhadap COVID-19 sedang pihak berkuasa melawan kebimbangan yang tidak berasas mengenai keselamatan vaksin tersebut.

Putera William, bercakap tentang Ratu Elizabeth dan suaminya, Putera Philip, dalam satu panggilan video bersama para staf dan sukarelawan Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) yang dikeluarkan pada Sabtu (14 Jan). Para pegawai perubatan memberitahu Putera William bahawa sebilangan anggota masyarakat keberatan mendapatkan sebarang vaksin COVID-19 yang diluluskan pihak pengawal.

"Datuk dan nenek saya sudah pun mendapatkan vaksin dan saya sangat berbangga dengan mereka kerana melakukannya," kata Putera William. "Ia amat penting bagi semua orang mendapatkan vaksin ini apabila disuruh untuk mendapatkannya."

Ratu Elizabeth yang berusia 94 tahun itu pada minggu lepas mendedahkan bahawa beliau dan Putera Philip, 99 tahun, sudah pun menerima suntikan pertama vaksin tersebut. Pendedahan ini bertujuan mengakhiri spekulasi mengenai perkara tersebut dan meningkatkan lagi keyakinan terhadap suntikan tersebut sedang NHS merancang memberi dos pertama suntikan vaksin tersebut kepada semua penduduk berusia lebih daripada 70 tahun menjelang pertengahan Februari.

Pihak berkuasa British sudah pun mengutamakan pemberian vaksin kepada golongan tua kerana mereka mempunyai risiko tertinggi meninggal dunia akibat COVID-19.

Sumber : AP/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan