Putera Saudi lancarkan syarikat bagi bangunkan destinasi pelbagai guna di 12 bandar
Anggaran Waktu Membaca:

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman. (Gambar: Bertrand Guay/AFP)
ARAB SAUDI: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, melancarkan sebuah syarikat baru bagi membangun dan memajukan kawasan pusat bandar serta destinasi pelbagai guna di 12 bandar termasuk Madinah dan Taif.
Syarikat Saudi Downtown itu akan memperbaiki keadaan prasarana dan menjalin perkongsian strategik dengan sektor swasta serta pelabur asing.
Ia akan dilakukannya dengan mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan pelaburan baru dalam sektor-sektor ekonomi utama seperti jualan runcit, pelancongan, perumahan dan hiburan.
Secara keseluruhannya, syarikat Saudi Downtown akan membangunkan kawasan seluas lebih 10 juta meter persegi, menjadi destinasi-destinasi moden yang memanfaatkan kepelbagaian budaya dan seni bina tradisional Saudi.
Setiap projek akan menggunakan teknologi canggih.

Sumber : Agensi berita/NK/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.