Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putera Salman, Presiden Putin bincang usaha pertingkat hubungan Saudi-Rusia

Anggaran Waktu Membaca:
Putera Salman, Presiden Putin bincang usaha pertingkat hubungan Saudi-Rusia

(Gambar fail: Pavel Golovkin/Getty Images/AFP)

RIYADH: Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed Bin Salman, menerima panggilan telefon dari Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin (30 Jan), lapor Saudi Press Agency (SPA). 

Melalui panggilan telefon itu, kedua-dua pihak menyemak semula hubungan dua hala antara Arab Saudi dengan Rusia dan cara-cara untuk mempertingkatkan lagi hubungan tersebut dalam pelbagai bidang. 

Putera Mahkota dan Presiden Putin turut membincangkan beberapa isu yang menjadi kepentingan bersama. 

Kremlin menyatakan, Presiden Putin mengadakan perbualan melalui panggilan telefon bersama Putera Mahkota Saudi untuk membincangkan kerjasama dalam kalangan negara-negara kumpulan OPEC+ yang menghasilkan minyak untuk mencapai kestabilan dalam pasaran minyak sejagat. 

Selain itu, Presiden Putin turut membincangkan peluang untuk memperluaskan kerjasama dua hala dalam bidang tenaga, perdagangan, ekonomi dan politik. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan