Putera Philip dimasukkan ke hospital: Istana Buckingham
Suami Ratu Elizabeth, Putera Philip, dimasukkan ke hospital pada petang Selasa (16 Feb) sebagai langkah berjaga-jaga, menurut Istana Buckingham.
(Gambar: Reuters)
LONDON: Suami Ratu Elizabeth, Putera Philip, dimasukkan ke hospital pada petang Selasa (16 Feb) sebagai langkah berjaga-jaga, menurut Istana Buckingham.
"Putera Philip dimasukkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga, atas nasihat doktor, setelah beliau mengadu kurang sihat. Putera Philip dijangka berada di hospital buat beberapa hari untuk berehat," menurut kenyataan itu.
Beliau yang berusia 99 tahun, pernah dimasukkan ke hospital bagi tempoh yang singkat pada hujung tahun 2019.
Putera Philip mengundurkan diri daripada tugas-tugas rasmi pada Ogos 2017.
Menurut Reuters, sumber Istana menyatakan bahawa Putera Philip dibawa ke hospital dengan menaiki kereta dan ia bukan satu kecemasan.
Menurut sumber itu lagi, Putera Philip tidak mengalami penyakit berkaitan COVID-19 dan rasa kurang sihat bagi tempoh yang singkat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.