Putera Mahkota UAE dilantik Menteri Pertahanan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Karim Sahib)
DUBAI: Putera Mahkota Dubai dilantik sebagai Menteri Pertahanan Amiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai sebahagian daripada rombakan meluas barisan menteri kabinet, tulis Perdana Menteri UAE Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum melalui catatan di X.
Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid al-Maktoum, 41 tahun, yang berkhidmat sebagai Putera Mahkota Dubai sejak 2008, juga dinamakan sebagai salah satu Timbalan Perdana Menteri UAE.
Sheikh Hamdan, yang digelar Fazza, merupakan anggota popular keluarga diraja Dubai, dan mempunyai 16.4 juta pengikut di Instagram.
Sheikh Abdullan bin Zayed Al Nahyan, Menteri Luar UAE, juga dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan tersebut.
Pelantikan lain termasuk Alia Abdulla AmMazrouei sebagai Menteri Negara bagi Keusahawanan, Sarah Al Amiri sebagai Menteri Pendidikan, Abdulrahman Al Awar sebagai pemangku Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Sains, tulis Sheikh Mohammed dalam catatannya.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.