Putera Mahkota Saudi tiba di Mina, selia perkhidmatan haji
Anggaran Waktu Membaca:
Putera Mahkota dan Perdana Menteri Mohammed bin Salman. (Gambar fail: Abdel Ghani BASHIR / AFP)
- Bagi pihak Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Mohammed bin Salman tiba di Mina pada Khamis (5 Jun) untuk menyelia perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan kepada jemaah haji semasa kemuncak musim haji.
- Hampir dua juta jemaah haji berkumpul di Gunung Arafah, menandakan kemuncak ibadah haji lima hari itu, lapor Saudi Gazette.
- Arab Saudi telah mengerahkan puluhan ribu pekerja, pasukan keselamatan, kakitangan perubatan, dan sukarelawan untuk memastikan ibadah haji berjalan lancar dan selamat.
- Perkhidmatan yang meluas — daripada pengangkutan dan jagaan kesihatan hingga pengurusan orang ramai dan sokongan digital — disediakan di seluruh tapak suci untuk menyokong pergerakan besar-besaran jemaah haji dan menjaga kesejahteraan mereka, lapor Saudi Gazette.
MINA: Bagi pihak Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Mohammed bin Salman tiba di Mina pada Khamis (5 Jun) untuk menyelia perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan kepada jemaah haji semasa kemuncak musim haji.
Hampir dua juta jemaah haji berkumpul di Gunung Arafah, menandakan kemuncak ibadah haji lima hari itu, lapor Saudi Gazette.
Berpakaian ihram putih yang melambangkan perpaduan dan kerendahan hati, para jemaah berkumpul pada waktu subuh selepas bermalam di kota khemah Mina untuk bermuhasabah dan berdoa.
Para jemaah akan memanfaatkan hari mereka dengan berdoa di padang Arafah sebelum menuju ke Muzdalifah dan kembali ke Mina untuk melontar jamrah secara simbolik, diikuti dengan korban haiwan sempena Aidiladha, menandakan kemuncak haji.
Arab Saudi telah mengerahkan puluhan ribu pekerja, pasukan keselamatan, kakitangan perubatan, dan sukarelawan untuk memastikan ibadah haji berjalan lancar dan selamat.
Perkhidmatan yang meluas — daripada pengangkutan dan jagaan kesihatan hingga pengurusan orang ramai dan sokongan digital — disediakan di seluruh tapak suci untuk menyokong pergerakan besar-besaran jemaah haji dan menjaga kesejahteraan mereka, lapor Saudi Gazette.

Sumber : Agensi berita/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.