Putera Mahkota Saudi sifatkan serangan terhadap orang awam di Gaza sebagai 'tindakan keji'
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed (kanan) dan Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak (kiri). (Gambar: Bandar AL-JALOUD / Saudi Royal Palace / AFP)
Agensi Berita Rasmi Saudi melaporkan bahawa Putera Mohammed juga memberi amaran tentang bahaya besar jika perang antara Israel dengan Hamas menjadi bertambah luas.
Putera Mohammed memberi pandangannya itu kepada Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak di Riyadh.
Pejabat PM Sunak pula mengatakan kedua-dua pemimpin akur bahawa kematian orang-orang awam di Israel dan Gaza adalah hal yang mengerikan.
PM Sunak ke Saudi selepas melakukan lawatan ke Israel di mana beliau menyuarakan perpaduan dengan Israel dalam menentang Hamas.
Perang Israel-Hamas yang sudah berlangsung dua minggu, telah membunuh lebih 3,700 penduduk Palestin, kebanyakannya orang awam termasuk sekitar 1,500 kanak-kanak.
Di Israel pula lebih 1,400 orang terbunuh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.