Skip to main content

Dunia

Putera Mahkota Saudi lancar projek Pintu Gerbang Raja Salman di Makkah

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamad Bin Salman melancarkan projek Pintu Gerbang Raja Salman di Makkah berhampiran Masjidil Haram.

Anggaran Waktu Membaca:
Putera Mahkota Saudi lancar projek Pintu Gerbang Raja Salman di Makkah

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, di Riyadh, Arab Saudi, pada 17 September 2025. (Gambar: Saudi Press Agency/Handout melalui REUTERS)

MAKKAH: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamad Bin Salman melancarkan projek Pintu Gerbang Raja Salman di Makkah berhampiran Masjidil Haram.

Projek itu meliputi kawasan seluas 12 juta meter persegi.

Ia bertujuan mengubah prasarana dan landskap kota Makkah menjadi satu model global pembangunan perbandaran yang mesra alam.

Di samping itu, projek Pintu Gerbang Raja Salman juga bertujuan memberi perkhidmatan lebih baik kepada para pelawat serta jemaah haji dan umrah, sejajar dengan Program Pengalaman Jemaah di bawah Wawasan Saudi 2030.

Projek itu menyediakan kemudahan-kemudahan penginapan, budaya dan perkhidmatan, di sekitar kawasan Masjidil Haram yang akan menambah kira-kira 900,000 lagi ruang solat di dalam dan di luar masjid itu.
Sumber : Agensi berita/AA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita