Skip to main content

Dunia

Putera Mahkota Saudi di China, bahagian terakhir lawatan ke 3 negara Asia

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamed Bin Salman tiba di China tengah hari Khamis (21 Feb) bagi melakukan lawatan dua hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Putera Mahkota Saudi di China, bahagian terakhir lawatan ke 3 negara Asia

Bendera Arab Saudi dan China dikibarkan di Beijing sempena lawatan Putera Mahkota Mohammed bin Salman. (Gambar: Wang Zhao/AFP)

Diterbitkan : 21 Feb 2019 10:33PM Dikemas Kini : 21 Feb 2019 10:36PM

BEIJING: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamed Bin Salman tiba di China tengah hari Khamis (21 Feb) bagi melakukan lawatan dua hari.

China adalah rakan dagangan terbesar Arab Saudi dan merupakan pengimport utama minyak mentah Saudi.

Menerusi lawatan ini Riyadh pula berharap untuk menarik minat syarikat-syarikat besar China bagi membantu usaha Arab Saudi hendak mempelbagaikan ekonominya.

Syarikat minyak Saudi, Aramco, dijangka memeterai perjanjian bagi melabur dalam dua kompleks penapisan minyak dan petrokimia di China.

China merupakan persinggahan terakhir Putera Mohammed dalam rangka lawatannya ke tiga negara Asia bagi mengukuhkan hubungan ekonomi.

Beliau sebelum ini ke Pakistan dan India.

Sumber : AFP/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita