Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putera Mahkota Jordan bertunang dengan wanita Saudi

Anggaran Waktu Membaca:
Putera Mahkota Jordan bertunang dengan wanita Saudi

Putera Mahkota Jordan, Al Hussein bin Abdullah II melangsungkan pertunangan dengan Rajwa Khaled Al-Saif pada 17 Ogos. (Gambar: Jordanian Royal Palace / AFP)

Diterbitkan : 18 Aug 2022 09:40PM Dikemas Kini : 18 Aug 2022 09:40PM
RIYADH: Putera Mahkota Jordan, Al Hussein bin Abdullah II melangsungkan pertunangan dengan wanita warga Saudi, Rajwa Khaled Al-Saif pada Rabu (17 Ogos), menurut Istana Diraja Hashemite.

Majlis pertunangan itu dihadiri Raja Jordan, Abdullah II, Permaisuri Rania dan keluarga pihak perempuan di Riyadh, lapor Saudi Gazette.

Majlis tersebut diadakan di rumah keluarga pengantin perempuan di ibu kota Arab Saudi dengan dihadiri Putera Hassan bin Talal, Putera Hashem bin Abdullah II, Putera Ali bin Al Hussein, Putera Hashem bin Al Hussein, Putera Ghazi bin Mohammed dan Putera Rashid bin Al Hassan, serta sebilangan ahli keluarga Al-Saif.

Menurut laporan Saudi Gazette, pertunangan tersebut diumumkan di Twitter, yang disertakan dengan gambar menampilkan pasangan tersebut, ibu bapa Putera Hussein, Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania, bergambar bersama keluarga Rajwa.
Sumber : Reuters/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa