Putera Mahkota Arab Saudi bincang perkembangan di Palestin bersama Sisi dan Erdogan
Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman pada Ahad (1 Ogos) membincangkan tentang perkembangan di wilayah Palestin bersama Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi, lapor Saudi Press Agency.
Dalam panggilan telefon bersama Encik Sisi, putera mahkota tersebut menekankan perlunya untuk berusaha sedaya mungkin supaya menghentikan ketegangan di Gaza, serta tindakan kejam berterusan Israel ke atas penduduk Palestin.
Putera Mohammed juga menghubungi Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Ahad.
Beliau menekankan bahawa Arab Saudi terbuka untuk menyatukan usaha negara-negara Arab dan Islam, dalam menyokong penduduk Palestin yang berdepan serangan tentera Israel.
Kedua-dua pemimpin juga berbincang keperluan untuk meningkatkan usaha dalam menghentikan serangan dan pencerobohan Israel ke atas rakyat Palestin.
Dalam catatan di platform media sosial X, pejabat Encik Erdogan menyatakan bahawa kedua-dua pemimpin membincangkan tentang perkembangan di Gaza, serta di serantau dan global.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.