Putera Mahkota Arab Saudi bertemu Presiden Mesir di Jeddah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: HO/SPA)
JEDDAH: Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman bertemu Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Jeddah pada Ahad (3 Apr). Putera itu mengadakan jamuan sahur sebagai penghormatan buat Encik Sisi.
Pada mesyuarat tersebut, Putera Mahkota Putera Mohammed dan Encik Sisi berbincang tentang hubungan dua hala yang rapat dan bersejarah antara dua negara itu, lapor Saudi Gazette.
Mereka berbincang mengenai semua perkara yang menjadi perhatian kepada dua negara tersebut dan kemungkinan untuk bekerja sama serta cara untuk mempertingkatkan dan membangunkan kerjasama antara dua negara itu dalam pelbagai bidang.
Perbincangan itu juga merangkumi perkembangan terkini dalam arena serantau dan antarabangsa, serta usaha yang dilaksanakan kedua-dua negara terhadap isu tersebut.
Pada permulaan perbincangan, Putera Mahkota Arab Saudi itu menyambut ketibaan Encik Sisi ke Arab Saudi, negara kedua yang dikunjunginya.
Bagi pihak Encik Sisi, beliau mengucapkan terima kasih kepada Putera Mahkota itu atas layanan mesra yang diberikan kepadanya serta delegasinya, menurut laporan Saudi Gazette.
Mesyuarat itu juga disertai Menteri Negara Mesir, Anggota Kabinet dan Penasihat Keselamatan Negara Dr. Musaed Al-Aiban, Menteri Negara dan Anggota Kabinet Dr. Essam bin Saad bin Saeed, dan Ketua Perkhidmatan Perisikan Mesir Mejar Abbas Kamel.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.