Skip to main content

Dunia

Putera Harry dijangka beri keterangan dalam kes godam telefon bimbit pada Jun

Anggaran Waktu Membaca:
Putera Harry dijangka beri keterangan dalam kes godam telefon bimbit pada Jun

(Gambar fail: AP Photo/Kirsty Wigglesworth)


LONDON: Putera Harry dijangka akan memberi keterangan di mahkamah London pada bulan Jun berhubung salah satu kes saman terhadap akhbar Britain yang melibatkan penggodaman telefon bimbitnya, kata peguam pada Rabu (5 Apr).

Perbicaraan kes membabitkan Duke of Sussex dan lagi tiga individu terhadap penerbit akhbar, The Mirror, dijadual bermula pada 9 Mei di Mahkamah Tinggi dan dijangka berlangsung selama enam hingga tujuh minggu.

Walaupun perbicaraan tersebut bermula tiga hari selepas upacara pertabalan bapa Putera Harry, iaitu Raja Charles III, beliau tidak dijangka memberi keterangan sehingga awal atau pertengahan bulan Jun.

Namun, tidak jelas sama ada Putera Harry dan Duchess of Sussex, Meghan, akan menghadiri upacara pertabalan itu.

Keterangan Harry itu merupakan kali kedua beliau hadir di Mahkamah T inggi dalam masa tiga bulan selepas beliau membuat penampilan mengejut pada minggu lalu bagi kes yang serupa.

Harry menghadiri beberapa bahagian daripada perbicaraan selama tiga hari itu untuk melihat sama ada saman berhubung penggodaman telefon yang dikemukakannya bersama Elton John, pelakon-pelakon Elizabeth Hurley dan Sadie Frost serta yang lain boleh bertahan daripada dicabar dari segi undang-undang oleh penerbit The Daily Mail.

Kehadirannya di mahkamah bagi penghujahan undang-undang yang padat itu menekankan betapa penting kes tersebut bagi Harry dalam perjuangannya yang meluas terhadap akhbar Britain.
Sumber : AP/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita