Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putera Harry dan isteri bakal timang anak sulung

Putera Harry dan isterinya, Meghan, yang dianugerahkan gelaran Duchess bagi Sussex, dijangka menimamg cahaya mata sulung mereka tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Putera Harry dan isteri bakal timang anak sulung

(Gambar: Ian Vogler/AFP)

Diterbitkan : 15 Oct 2018 05:27PM Dikemas Kini : 15 Oct 2018 05:31PM

LONDON: Putera Harry dan isterinya, Meghan, yang dianugerahkan gelaran Duchess bagi Sussex, dijangka menimang cahaya mata sulung mereka tahun depan.

Mendedahkan demikian dalam satu kenyataan rasmi hari ini (15 Okt), Istana Kensington menyatakan bahawa Putera Harry dan isterinya "amat gembira untuk menyampaikan berita bahawa Duchess bagi Sussex akan menimang cahaya mata pada musim bunga tahun 2019".

Pasangan itu bernikah pada bulan Mei lalu dan buat masa ini berada di Australia bagi lawatan ke luar negara pertama secara bersama selepas bergelar suami isteri.

Lebih 29 juta orang di Amerika Syarikat menonton siaran upacara perkahwinan Putera Harry dengan pelakon Amerika Syarikat itu, yang disifatkan sebagai salah satu acara yang paling dinanti-nantikan tahun ini.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan