Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putera Charles ambil alih Ratu Elizabeth sebagai Ketua Komanwel

Putera Charles akan menggantikan Ratu Elizabeth selaku Ketua Komanwel. Keputusan itu diumumkan pada upacara penutup Mesyuarat Ketua-Ketua Pemerintah Komanwel di London.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Apr 2018 07:02PM Dikemas Kini : 21 Apr 2018 09:32PM

LONDON: Putera Charles akan menggantikan Ratu Elizabeth selaku Ketua Komanwel. Keputusan itu diumumkan pada upacara penutup Mesyuarat Ketua-Ketua Pemerintah Komanwel di London.

Ratu Elizabeth awalnya melahirkan "harapan yang ikhlas" agar Putera Charles mengambil alih peranannya dan meneruskan tugas penting mencergaskan semula Persatuan tersebut.

Perlantikan itu bukan mengikut keturunan dan para pengamat politik menyarankan agar ia dilantik bergilir-gilir dalam kalangan para ketua pemerintah Komanwel. Mesyuarat di London ini dihadiri 53 ketua pemerintah dan kira-kira 5,000 wakil.

Mesyuarat berakhir dengan persetujuan untuk meluluskan Agenda Kesambungan Komanwel bagi Perdagangan dan Pelaburan yang akan meningkatkan dagangan antara negara-negara anggota kepada AS$2 trilion (S$2.63 trilion) menjelang 2030.

Mereka juga menerima perisytiharan Siber Komanwel, yang pertama dan terbesar
di dunia di mana negara-negara akan bekerjasama untuk menilai dan mengukuhkan rangka kerja keselamatan siber.

Para pemimpin juga memberi sokongan kepada Piagam Komanwel untuk melindungi lautan daripada kesan perubahan iklim, pencemaran dan kegiatan menangkap ikan berlebihan.  

Sumber : AFP/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan