Skip to main content

Dunia

Putera Brunei Abdul Mateen Bolkiah dan isteri bersanding di Istana Nurul Iman

Anggaran Waktu Membaca:
BANDAR SERI BEGAWAN: Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah bersama isterinya Dayang Anisha Rosnah Adam berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini, hari ini.

Majlis tersebut disiarkan secara langsung di rtbgo.bn bermula sekitar pukul 10 pagi.

Kedua mempelai pengantin diraja yang memakai persalinan putih sedondon dibawa menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.

Sejurus tiba di singgahsana pelaminan, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memegang tangan Putera Mateen untuk diletakkan di ubun-ubun Dayang Anisha Rosnah sambil bacaan selawat kedengaran, lapor Astro Awani.
Related article image
(Gambar: Facebook/Prince Abdul Mateen Bolkiah )
Sebaik kedua mempelai diraja duduk di pelamin, beberapa das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda majlis persandingan bermula.
Related article image
(Gambar: AFP/Mohd Rasfan)
Kebanyakan tetamu yang hadir pada majlis istiadat hari ini terdiri daripada kerabat diraja dari seluruh dunia dan pemimpin-pemimpin politik.
Related article image
(Gambar: MOHD RASFAN / AFP)
Menurut laporan Astro Awani, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, turut berangkat hadir ke majlis berkenaan.
Related article image
(Gambar: Facebook/Istana Negara)

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, juga dijemput hadir ke majlis persandingan kedua mempelai diraja tersebut.


Antara pemimpin dunia yang hadir adalah Presiden Indonesia Joko Widodo dan isteri serta Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching.

Terdahulu, Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja sekitar jam 2.17 petang, Khamis (11 Jan).
 

Related article image
(Gambar: AFP/BRUNEI'S INFORMATION DEPARTMENT)
Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, dan turut berkenan disaksikan oleh Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja.
Sumber : Agensi berita/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita