Pusingan pertama pelepasan air sisa radioaktif terawat di loji Fukushima selesai
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AP)
TOKYO:Pengendali loji nuklear Fukushima yang rosak pada Isnin (11 Sep) menyatakan ia sudah selesai melepaskan air sisa radioaktif yang dirawat ke dalam laut. Ia akan membuat pemeriksaan serta membersihkan kemudahan tersebut sebelum memulakan pusingan kedua dalam beberapa minggu.
Loji Fukushima Daiichi mula melepaskan air yang dirawat serta sisa cecair ke Lautan Pasifik pada 24 Ogos lalu.
Pelepasan air itu dijangka akan berterusan untuk beberapa dekad sehingga loji itu tidak beroperasi.
Ia ditentang keras oleh kumpulan nelayan dan negara-negara jiran.

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, ketika di Sidang Puncak ASEAN dan G20 minggu lalu, menekankan keselamatan dan ketelusan pelepasan air itu untuk menarik sokongan antarabangsa dan meminta supaya China menarik balik larangan importnya.
Semasa pelepasan air sisa yang berlangsung selama 17 hari itu, Syarikat Janakuasa Elektrik Tokyo (TEPCO) menyatakan ia melepaskan 7,800 tan air yang dirawat daripada 10 tangki.
Sekitar 1.34 tan air sisa radioaktif disimpan dalam kira-kira 1,000 tangki di loji tersebut.
Pekerja loji itu akan mencuci saluran paip dan peralatan lain, serta memeriksa sistemnya selama beberapa minggu akan datang sebelum memulakan pusingan kedua pelepasan 7,800 tan air sisa daripada 10 tangki.
Demikian menurut jurucakap TEPCO Teruaki Kobashi yang memberitahu wartawan pada Isnin.

BACA:
Data semua contoh air laut dan ikan sejak permulaan pelepasan air sisa dicatatkan di bawah paras selamat.
TEPCO merancang untuk melepaskan 31,200 tan air yang dirawat sehingga Mac 2023, dan kadar pelepasan akan meningkat kemudian.
Kerajaan Jepun dan TEPCO menyatakan pelepasan air sisa itu tidak boleh dielakkan kerana tangkinya akan mencapai kapasiti penuh sebanyak 1.37 juta tan tahun depan.
Loji itu memerlukan ruang yang banyak untuk menamatkan operasinya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.