Skip to main content

Dunia

Pusat Tekka dibuka semula selepas selesai jalani kerja naik taraf selama 3 bulan

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat Tekka dibuka semula selepas selesai jalani kerja naik taraf selama 3 bulan

Gambar: Mediacorp

Diterbitkan : 30 Sep 2023 06:12PM Dikemas Kini : 30 Sep 2023 06:13PM
SINGAPURA: Pusat Tekka di Little India sudahpun dibuka semula sepenuhnya selepas ditutup tiga bulan untuk menjalani kerja-kerja naik taraf.

Ia menempatkan salah satu pasar basah yang terbesar di Singapura.

Bangunan ikonik di Buffalo Road itu, yang dahulu berwarna biru pudar, kini dicat warna ungu.

Ruang dalaman pasar dan pusat penjajanya juga berwajah baharu, dengan lampu-lampu, lantai serta perabot serba baru.

Pembukaan semula Pusat Tekka dirasmikan Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan, yang juga Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar, Alvin Tan.

Para pegerai berharap wajah baharu Pusat Tekka dapat merancakkan lagi perniagaan mereka.
Sumber : CNA/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita