Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pusat sembelih ayam disiasat selepas video tular

Satu rakaman video yang pada mata kasar menunjukkan penyembelihan dan pemprosesan ayam dilakukan tanpa mengikut hukum syarak selain mengenepikan aspek kebersihan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat sembelih ayam disiasat selepas video tular

Petikan skrin video yang menunjukkan seorang pekerja menyembelih beberapa ekor ayam sebelum mencampakkannya ke dalam bekas berisi air. (Gambar: JomViral/Facebook)

Diterbitkan : 26 Dec 2018 09:11AM Dikemas Kini : 26 Dec 2018 09:16AM

KUALA LUMPUR: Satu rakaman video yang pada mata kasar menunjukkan penyembelihan dan pemprosesan ayam dilakukan tanpa mengikut hukum syarak selain mengenepikan aspek kebersihan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Kegiatan itu dikatakan berlaku di Seri Kembangan, Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Haris Kasim, ketika dihubungi agensi berita Bernama, berkata pihaknya dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya sudah mengenal pasti lokasi premis berkenaan dan menjalankan siasatan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi sebenar premis terbabit.

"Laporan berkaitan akan dikeluarkan kemudian setelah siasatan lengkap dilakukan," katanya.

Encik Haris bagaimanapun berkata berdasarkan klip video berkenaan, premis itu nampaknya tidak mempunyai sijil halal.

"Ini kerana proses untuk mendapatkan sijil halal bagi pusat penyembelihan perlu melalui syarat-syarat ketat, termasuk dari aspek kebersihan," katanya.

Video selama tiga minit 40 saat yang dikongsi di media sosial itu antara lain memaparkan seorang pekerja menyembelih beberapa ekor ayam tanpa mengikut hukum syarak sebelum dibiarkan mati dengan mencampakkannya ke dalam bekas besar berisi air.

Ia turut menunjukkan ayam yang sudah disembelih diuruskan di atas lantai simen yang dipenuhi darah oleh beberapa pekerja lain.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan