Skip to main content

Dunia

Pusat Pengajian Melayu dibuka di Universiti Dhaka, Bangladesh

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Pusat Pengajian Melayu dibuka di Universiti Dhaka (UoD), Bangladesh.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dalam kenyataannya pada Selasa (11 Okt) berkata Memorandum Persefahaman bagi penubuhan pusat itu, hasil kerjasama antara Univesiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan UoD, ditandatangani pada 10 Oktober di UoD.

Majlis pemeteraian itu disaksikan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh Haznah Md Hashim manakala Naib Canselor UPSI Profesor Dr. Md Amin Md Taff dan Profesor Dr. Md. Akhtaruzzaman, Naib Canselor Universiti Dhaka menandatangani perjanjian itu bagi pihak universiti masing-masing.

Penubuhan Pusat Pengajian Melayu di UoD merupakan langkah penting untuk memperkukuh hubungan dua hala bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan Bangladesh.

Malaysia menikmati hubungan dua hala yang rapat dengan Bangladesh dan Malaysia merupakan negara majoriti Islam pertama mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh pada 1971 diikuti hubungan diplomatik pada 31 Januari 1972.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia telah memberi dorongan kuat terhadap penubuhan Pusat Pengajian Melayu bagi memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa melalui diplomasi budaya.

“Pusat itu juga akan mengetengahkan keunikan budaya dan tradisi Melayu yang unik selain pendidikan berkualiti tinggi Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Bahasa Melayu pernah menjadi Lingua Franca yang dipertuturkan secara meluas dalam urusan perdagangan dan diplomasi pada masa lampau.

Kini Bahasa Melayu menjadi bahasa pertuturan kira-kira 300 juta pendduk di Asia Tenggara.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita