Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pusat meteorologi Saudi tamatkan amaran hujan di Jeddah

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat meteorologi Saudi tamatkan amaran hujan di Jeddah

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 26 Nov 2022 08:22AM Dikemas Kini : 26 Nov 2022 08:22AM

JEDDAH: Pusat Meteorologi Nasional Arab Saudi (NCM) menamatkan amaran hujan di Jeddah yang diumumkan pada awal Khamis (24 Nov). 

Pusat tersebut pada Jumaat (25 Nov) menerbitkan perincian berhubung curahan hujan di Jeddah dalam tempoh 24 jam lalu, yang disediakan oleh stesen-stesen pemantauan di merata bandar tersebut. 

Sejak Khamis (24 Nov), Jeddah dilanda hujan sederhana hingga lebat. Hujan yang dicatat pada Khamis (24 Nov) lebih tinggi berbanding paras pada November 2009 dan Januari 2011 apabila bandar tersebut menyaksikan banjir dahsyat yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda.

Pada Khamis (24 Nov), hujan mula mencurah sekitar pukul 8.00 pagi dan berterusan selama lapan jam sehingga pukul 5.00 petang. Ia menjejas jalan-jalan raya dan membanjiri beberapa kawasan kejiranan di bandar tersebut, menurut laporan Saudi Gazette. 

Kemuncak hujan berlaku antara pukul 8.00 pagi hingga pukul 2.00 petang, menyebabkan bandar itu berada dalam kebuntuan.

Pejabat cuaca menyatakan Jeddah menerima curahan hujan 179.7 milimeter pada Khamis (24 Nov), iaitu rekod tertinggi bandar tersebut dalam sejarah baru-baru ini. 

Jumlah hujan yang disaksikan bandar tersebut pada November 2009 adalah 111 milimeter, manakala 90 milimeter dicatatkan pada Januari 2011. 

Pusat berkenaan akan menyediakan laporan berkaitan fenomena cuaca yang berpotensi berlaku di semua wilayah negara itu, menurutnya, sambil menegaskan kerjasama dan penyelarasan awal oleh semua pihak relevan. 

Dua orang maut akibat hujan, manakala beberapa lagi yang terperangkap dalam kenderaan yang tenggelam, diselematkan oleh pasukan penyelamat dan para sukarelawan. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa