Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pusat media Olimpik Paris ditutup sementara gara-gara 'risiko letupan'

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat media Olimpik Paris ditutup sementara gara-gara 'risiko letupan'

Perancis meningkatkan langkah keselamatan untuk mengelakkan sabotaj baharu pada laluan kereta api. (Gambar: AP)

PARIS: Polis Perancis menutup sementara kawasan sekitar pusat media pada Sabtu (27 Jul) yang membantu wartawan membuat liputan Sukan Olimpik Paris kerana "risiko letupan".

Wartawan dan orang awam sudah dipindahkan dan punca risiko tidak didedahkan, lapor Agensi Anadolu.

Polis kemudiannya membuka semula kawasan itu kepada pejalan kaki dan akses ke dan dari pusat media kembali normal.

Perancis meningkatkan langkah keselamatan untuk mengelakkan sabotaj baharu pada laluan kereta api.
Menteri Pengangkutan Perancis Patrice Vergriete memberitahu saluran LCI bahawa selepas serangan khianat menggunakan api pada Jumaat beberapa jam sebelum upacara pembukaan Sukan Olimpik, keselamatan dan pengawasan rangkaian kereta api telah ditingkatkan.

Encik Vergriete menyatakan bahawa lebih 1,000 pekerja dan 250 pegawai keselamatan telah dikerahkan untuk memantau rangkaian kereta api, dan helikopter gendarmerie serta 50 dron telah digerakkan.

Menurut beliau, pegawai menjangkakan gangguan kepada perkhidmatan kereta api pada Ahad dan operasi dijangka kembali normal bermula Sabtu.

Beliau berkata siasatan terhadap serangan itu sedang dijalankan dan pelaku masih belum dikenal pasti.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan