Skip to main content

Dunia

Pusat Kuarantin COVID-19 di kem pelarian Rohingya di Bangladesh musnah terbakar

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat Kuarantin COVID-19 di kem pelarian Rohingya di Bangladesh musnah  terbakar

(Gambar: Suzauddin RUBEL/AFP)

Diterbitkan : 03 Jan 2022 04:14PM

DHAKA: Pusat kuarantin khas COVID-19 di kem pelarian Rohingya di Bangladesh musnah dalam kebakaran malam Ahad (2 Jan), namun tiada pesakit yang cedera, menurut sumber rasmi.

“Kebakaran berlaku kira-kira pukul 7 malam waktu tempatan [1300 GMT] dan kami berjaya memadamkannya selepas dua jam bertungkus-lumus bersama-sama pelarian Rohingya dan penduduk tempatan,” kata pegawai Perkhidmatan Bomba dan Pertahanan Awam Ukhiya di Cox’s Bazaar kepada Agensi Anadolu.

Kesemua 12 pelarian Rohingya yang dikuarantin di pusat yang mempunyai 70 katil itu dilaporkan selamat dipindahkan ke lokasi lain, katanya.

Menurut beliau bomba masih menyiasat kejadian itu berdasarkan saksi dan keterangan setakat ini, kemungkinan ia berpunca daripada "litar pintas."

Kebakaran besar di kem pelarian terbesar di dunia Mac lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 15 anggota masyarakat dan memusnahkan lebih 10,000 pondok, termasuk sebuah hospital medan Turki.

Sejak penghujung 2017, kem-kem itu menempatkan kira-kira sejuta umat Islam Rohingya yang melarikan diri daripada kempen penganiayaan yang dianjurkan di negara jiran Myanmar.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita