Skip to main content

Dunia

Pusat khidmat Masjid Nabawi beroperasi 24 jam sepanjang Ramadan

Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Dua Masjid Suci Arab Saudi terus menyediakan perkhidmatan kepada pengunjung Masjid Nabawi sepanjang bulan Ramadan menerusi pusat-pusat perkhidmatan yang terletak di sekitar datarannya.
Anggaran Waktu Membaca:
Pusat khidmat Masjid Nabawi beroperasi 24 jam sepanjang Ramadan
Masjid Nabawi. (Gambar: REUTERS)
Diterbitkan : 26 Feb 2026 09:41AM
MADINAH: Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Dua Masjid Suci Arab Saudi terus menyediakan perkhidmatan kepada pengunjung Masjid Nabawi sepanjang bulan Ramadan menerusi pusat-pusat perkhidmatan yang terletak di sekitar datarannya.

Inisiatif itu bertujuan untuk mewujudkan suasana kerohanian, sekali gus membolehkan jemaah menunaikan ibadah dengan mudah dan tenang.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), pusat-pusat berkenaan menyambut ketibaan pengunjung di dataran Masjid Nabawi dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan merangkumi bimbingan agama dan panduan lokasi, sokongan komunikasi pelbagai bahasa serta menjawab pertanyaan.

Turut disediakan adalah bantuan berkaitan perkhidmatan Nusuk, pinjaman kerusi roda, panduan bagi individu yang sesat, permohonan bantuan perubatan kecemasan serta penyediaan gelang tangan keselamatan untuk warga emas dan kanak-kanak.

Pusat-pusat perkhidmatan itu beroperasi di bahagian selatan dan utara Masjid Nabawi.

Pusat (331) dan (301) beroperasi 24 jam sehari, manakala pusat (307), (329), dan (339) beroperasi setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 10.00 malam bagi memenuhi keperluan pengunjung, terutamanya menyusuli peningkatan jumlah jemaah sepanjang Ramadan, lapor agensi itu
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita