Pusat hiburan di Kuala Lumpur digemparkan 25 das tembakan, tiada cedera
Orang ramai dan pelanggan di sekitar sebuah pusat hiburan bertaraf empat bintang gempar apabila 25 das tembakan dilepaskan dalam satu kejadian di Bukit Bintang, pada sekitar 10.50 malam Ahad (24 Jun).
Tiada yang dilaporkan cedera di pusat hiburan Kuala Lumpur. (Gamabr: Kosmo)
KUALA LUMPUR: Orang ramai dan pelanggan di sekitar sebuah pusat hiburan bertaraf empat bintang gempar apabila 25 das tembakan dilepaskan dalam satu kejadian di Bukit Bintang, pada sekitar 10.50 malam Ahad (24 Jun).
Menurut mereka yang ditemui di tempat kejadian, tembakan itu mungkin dilepaskan sebagai tanda amaran kerana perselisihan faham berkaitan perniagaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata siasatan awal mendapati tembakan itu dilepaskan ke arah pintu masuk pusat hiburan berkenaan oleh dua orang yang menaiki sebuah motosikal.
"Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini (25 Jun).
Beliau berkata, menurut saksi, beliau terdengar bunyi beberapa das tembakan dari arah tempat letak kereta ketika sedang berada di luar pintu masuk pusat hiburan itu.
“Hasil pemeriksaan pihak polis di lokasi kejadian mendapati 25 kelongsong peluru ditemui di tempat letak kereta yang berada kira-kira 30 meter dari pintu masuk pusat hiburan itu,” katanya.
Encik Rusdi berkata ketika kejadian terdapat empat pekerja di luar pintu masuk dan bahagian menyambut tetamu.
Polis masih melakukan siasatan termasuk mengenal pasti motif kejadian dan mereka yang terbabit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.