Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pusat angkasa rosak angkara Taufan Nanmadol; 130,000 penduduk terputus bekalan elektrik

Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Ribut tropika yang menyebabkan hujan lebat sedang ia merentasi Jepun kini sedang menuju ke Lautan Pasifik pada Selasa (20 Sep) selepas meragut nyawa dua mangsa dan mencederakan lebih 100 yang lain.

Bencana alam itu juga melumpuhkan pergerakan trafik dan menyebabkan beribu-ribu penduduk terputus bekalan elektrik.

Kerosakan baru turut dilaporkan di selatan Jepun di mana Taufan Nanmadol membadai pada hujung minggu lalu sebelum ia melemah semasa menuju ke bahagian utara negara itu.

Di pulau Tanegashima, selatan pulau Kyushu, sebuah tembok rosak di pusat angkasa lepas Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun, menurut Kementerian Ekonomi dan Perusahaan Jepun.

Tahap kerosakan pada bangunan yang digunakan untuk memasang roket kini sedang dinilai.

Dua kematian dilaporkan di wilayah Miyazaki di pulau utama Jepun, Kyushu pada Isnin (19 Sep) semasa taufan itu mengganas, menurut Agensi Bomba dan Pengurusan Bencana.

Mayat seorang lelaki ditemui di dalam sebuah kereta yang ditenggelami air bah di Miyakonojo manakala satu lagi mayat ditemui di bawah tanah runtuh di Mimata.

Seorang individu dilaporkan hilang di wilayah Hiroshima dan lagi 115 cedera di barat Jepun, menurut agensi itu.

Sebahagian besar daripada mereka cedera ringan akibat terjatuh ketika hujan lebat, terkena serpihan tingkap yang pecah atau objek yang melayang dibawa angin.

Lebih 130,000 rumah, kebanyakannya di wilayah Kyushu, masih terputus bekalan elektrik pada pagi Selasa (20 Sep), menurut Kementerian Ekonomi dan IPerusahaan.

Banyak kedai serbaneka juga ditutup dan beberapa pengagihan bekalan telah ditangguhkan.

Kebanyakan pengangkutan awam kembali normal pada hari Selasa (20 Sep) sedang penumpang kembali bekerja selepas hujung minggu panjang selama tiga hari.

Kereta api laju dan kebanyakan pengangkutan darat juga sudah kembali beroperasi meskipun berpuluh-puluh penerbangan masih dibatalkan di timur laut Jepun.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan