Skip to main content

Dunia

Punca utama jadual penerbangan IndiGo kacau-bilau

Anggaran Waktu Membaca:
Punca utama jadual penerbangan IndiGo kacau-bilau
(Gambar: Facebook/Indigo)
Diterbitkan : 05 Dec 2025 10:01AM Dikemas Kini : 05 Dec 2025 10:05AM
NEW DELHI: Para penumpang penerbangan dari Australia yang bergantung kepada Singapura untuk melakukan persinggahan ke India terjejas dengan gangguan operasi syarikat penerbangan IndiGo.

Ini sedang syarikat tersebut mengalami tempoh gangguan paling teruk.

Penangguhan dan pembatalan penerbangan yang berlaku pada seluruh rangkaian IndiGo berpusat di India, di mana kekurangan anak kapal dan masalah operasi mencetus gangguan meluas, lapor The Indian Sun.

Ketidakpastian itu mula menjejas beberapa perkhidmatan antarabangsa, serta menambah kewaspadaan tambahan bagi mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh semasa tempoh percutian musim panas.

Masalah tersebut bermula awal minggu ini selepas IndiGo terlepas pandang keperluan kakitangan semasa peralihan ke peraturan masa bertugas penerbangan baharu, yang diperkenalkan oleh pengawal selia India.

Peraturan itu memerlukan tempoh rehat lebih panjang, menyekat operasi malam dan mengetatkan had tugas yang dipanjangkan.

IndiGo mengakui ia tidak mengambil anak kapal yang mencukupi sebelum peralihan dilaksanakan, menyebabkan kekurangan tenaga kerja di lapangan terbang utama. Isu teknikal dan kesesakan turut menyumbang kepada keadaan semasa.

Menurut The Indian Sun, syarikat penerbangan lain telah mengambil langkah untuk menampung perubahan itu dengan merekrut juruterbang tambahan. Namun, IndiGo tidak berbuat demikian.

Kesannya dapat dilihat di hab di seluruh India. Laporan operasi dalaman bagi Kolkata menunjukkan 24 penerbangan IndiGo terjejas antara pukul 12.00 tengah hari dan 8.00 pagi, dengan empat pembatalan dan 20 kelengahan.

Dua penerbangan yang dibatalkan adalah penerbangan yang tiba dari Bengaluru, manakala penerbangan ke Mumbai dan Delhi juga dibatalkan.

10 penerbangan tiba lewat, termasuk penerbangan dari Delhi, Singapura dan Bangkok. 14 penerbangan yang dijadualkan berlepas ditangguhkan, meliputi penerbangan ke Guwahati, Haldia, Bhubaneswar dan Imphal. Kebanyakan masalah diklasifikasikan sebagai "masalah operasi".

Bagi para pelancong dari Australia, Singapura kekal sebagai titik transit utama, dengan ramai yang terbang dari Sydney atau Melbourne menaiki Singapore Airlines (SIA) atau Qantas, sebelum menyambung ke penerbangan IndiGo untuk destinasi di India.

Walaupun gangguan utama berlaku di India, beberapa penerbangan antara India dan Singapura tiba lewat atau berlepas jauh dari masa yang dijadualkan.

Perkhidmatan IndiGo antara India dan Singapura masih beroperasi, termasuk penerbangan dari Chennai, Bengaluru dan Trichy, meskipun beberapa penerbangan terjejas oleh ketibaan lewat sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Pengawal selia memaklumkan bahawa gangguan berkemungkinan berterusan selama beberapa hari lagi, lapor The Indian Sun.

IndiGo merancang untuk membatalkan sebahagian daripada jadualnya dari 8 Disember untuk menstabilkan operasi, dengan pemulihan penuh tidak dijangkakan sehingga Februari tahun depan.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita