Puluhan tempat tinggal pelarian Rohingya di Bangladesh musnah akibat kebakaran
Tempat berteduh sementara di Ukhia, kawasan tenggara Cox's Bazar, yang merupakan rumah kepada para pelarian Rohingya. (Gambar: Munir Uz zaman/AFP)
Dalam satu kenyataan ringkas di platform media sosial, IOM memaklumkan bahawa pasukannya berada di lokasi sejak awal kejadian dan bertindak balas dengan segera, selain bekerjasama dengan sukarelawan pelarian serta Perkhidmatan Bomba Bangladesh untuk mengawal kebakaran.
Agensi itu memuji tindakan pantas pihak terlibat yang berjaya menghalang api daripada merebak di kawasan padat penduduk itu.
Menurut laporan media tempatan, sekitar 20 hingga 25 buah kediaman musnah dalam kebakaran itu, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Bangladesh kini menempatkan lebih 1.2 juta pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, kebanyakannya melarikan diri dari Myanmar pada Ogos 2017 susulan operasi ketenteraan yang disifatkan kumpulan hak asasi manusia sebagai pembunuhan beramai-ramai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.