Puluhan ribu rakyat Iran berhimpun untuk beri penghormatan terakhir kepada Presiden Raisi
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP
TEHRAN: Puluhan ribu rakyat Iran membanjiri jalan-jalan raya ibu kota Tehran pada Rabu (22 Mei) untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Presiden Ebrahim Raisi dan Menteri Luar, Hossein Amirab-dollahian serta enam lagi pegawai.
Upacara memberi penghormatan terakhir kepada jenazah mereka itu turut dihadiri sejumlah pemimpin luar negara.
Mereka meninggal dunia pada Ahad lalu (19 Mei) apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas dekat sempadan Azerbaijan dalam keadaan cuaca berkabus tebal.
Operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran dilancarkan, yang melibatkan bantuan daripada Turki, Rusia dan Kesatuan Eropah.
Kematian Presiden Raisi hanya diumumkan televisyen negara, pada Isnin.
Pemimpin ulung Iran, Ayatollah Ali Khameini akan menjadi imam solat jenazah mereka yang berlangsung di Universiti Tehran.
Jenazah Presiden Raisi akan dikebumikan di tempat kelahirannya di bandar Mashhad, pada Khamis.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.