Puluhan ribu peserta 'Himpunan Turun Anwar' banjiri Dataran Merdeka
Dataran Merdeka dibanjiri puluhan ribu peserta 'Himpunan Turun Anwar' yang tiba dengan berarak dari Masjid Negara.
Peserta mula memenuhi kawasan dataran sekitar pukul 2.50 petang, dengan suasana semakin gamat apabila mereka melaungkan slogan mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. (Gambar: Astro AWANI)
Peserta mula memenuhi kawasan dataran sekitar pukul 2.50 petang, dengan suasana semakin gamat apabila mereka melaungkan slogan mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Kelihatan ramai membawa sepanduk dan kain rentang yang memaparkan pelbagai mesej bantahan, termasuk isu kos sara hidup, kebebasan bersuara dan dasar kerajaan yang didakwa tidak mesra rakyat, seperti dilapor Astro AWANI.
Beberapa penceramah dalam kalangan pemimpin pembangkang dijangka menyampaikan ucapan sebagai kemuncak himpunan itu yang ditunjangi oleh Pas.
Kawalan keselamatan di sekitar Dataran Merdeka turut diperketat dengan kehadiran pihak polis dan skuad Unit Amal Pas yang memantau secara berterusan dari awal perarakan sehingga peserta tiba di lokasi utama, menurut laporan Astro AWANI.
Sebelum ini, Encik Anwar menerusi Setiausaha Akhbarnya, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan, beliau menghormati hak berhimpun dan mengarahkan polis memberi kerjasama agar himpunan berjalan dengan aman.
Encik Anwar pada Khamis (24 Jul) mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar memberikan kerjasama penuh bagi memastikan perhimpunan 'Merayakan Demokrasi: 'Himpunan Turun Anwar' yang ditunjangi Pas berlangsung dengan aman, lancar dan tanpa sebarang intimidasi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.