Puluhan ribu penyokong Trump adakan perarakan di Washington
Seorang mangsa ditikam dan sekurang-kurangnya 10 orang diberkas di Amerika Syarikat menyusuli pergaduhan antara penyokong Presiden Donald Trump dengan para penunjuk perasaan yang menentang mereka.
WASHINGTON: Seorang mangsa ditikam dan sekurang-kurangnya 10 orang diberkas di Amerika Syarikat menyusuli pergaduhan antara penyokong Presiden Donald Trump dengan para penunjuk perasaan yang menentang mereka.
Sebelum kejadian, puluhan ribu penyokong Encik Trump mengadakan perarakan menyusuri ibu kota Washington.
Mereka mengulangi dakwaan penipuan undi seperti yang disebut-sebut Encik Trump.
Akhbar Washington Post melaporkan, mangsa ditikam di tengah-tengah pergaduhan antara penyokong Trump - yang ada di antara mereka membawa belantan - dengan para penentang.
10 orang ditangkap atas kesalahan senjata api, menyerang orang lain dan menyerang pegawai polis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.