Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Puluhan ribu penduduk tinggalkan rumah sedang kebakaran hutan marak di California

Sekitar 50,000 orang diarah meninggalkan rumah-rumah mereka di utara Los Angeles sedang kebakaran hutan terus marak di wilayah California, Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Puluhan ribu penduduk tinggalkan rumah sedang kebakaran hutan marak di California

Api kebakaran yang marak berhampiran Geyserville, California, pada 24 Okt 2019. (Gambar: Josh Edelson/AFP)

Diterbitkan : 25 Oct 2019 05:20PM Dikemas Kini : 25 Oct 2019 05:21PM

LOS ANGELES: Sekitar 50,000 orang diarah meninggalkan rumah-rumah mereka di utara Los Angeles sedang kebakaran hutan terus marak di wilayah California, Amerika Syarikat.

Sejauh ini, kawasan lebih 2,000 hektar sudahpun musnah, memaksa sebatang lebuh raya utama dan beberapa jalan raya ditutup.

Mujur, belum ada sebarang kecederaan dilaporkan. Bagaimanapun, banyak kenderaan dan rumah hangus dijilat api.

Syarikat-syarikat perbekalan elektrik terpaksa memutuskan bekalan bagi mencegah kebakaran daripada terus tercetus.

Gangguan tersebut dijangka menjejas setengah juta penduduk di 15 daerah sehingga hujung minggu ini.

Tahun lalu, sekitar 100 orang terbunuh akibat kebakaran-kebakaran hutan di California.

Sumber : AFP/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan