Puluhan ribu penduduk terputus bekalan elektrik di California akibat ribut
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: MARIO TAMA / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images menerusi AFP)
LOS ANGELES: Berpuluh-puluh ribu penduduk California terputus bekalan elektrik dan diarah supaya berpindah pada Rabu (23 Mac).
Ini sedang wilayah tersebut mengalami ribut dengan angin kencang dan diancam banjir yang lebih buruk.
Bahagian tengah dan selatan California kini dilanda banjir yang dijangka akan bertambah buruk apabila ribut itu membawa lebih banyak hujan lebat.
Amaran dan makluman angin kencang turut dikeluarkan dari sempadan Mexico hingga ke Los Angeles dan di kawasan San Francisco Bay, di mana angin sekencang 97 kilometer sejam diramalkan bagi beberapa kawasan.
Beberapa kawasan di Arizona dan Nevada turut dipantau dengan kemungkinan berlaku banjir yang disebabkan oleh pencairan salji dan hujan berterusan.
Menurut seorang pakar kaji cuaca di California, sungai dan anak sungai di wilayah itu semakin melimpah.
Sebarang hujan yang berlaku hanya akan menyebabkan lebih banyak banjir atau memburukkan lagi banjir yang sedang melanda.

Sumber : Reuters/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.