Puluhan ribu penduduk Maghribi dipindahkan dek hujan lebat
Anggaran Waktu Membaca:
KAHERAH: Puluhan ribu penduduk sedang dipindahkan dari kediaman masing-masing di Maghribi selepas hujan lebat melanda negara itu sejak beberapa hari lalu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang menukil kenyataan pihak berkuasa.
Lebih 154,000 penduduk di wilayah utara Maghribi terjejas akibat bencana itu, lapor agensi berita rasmi MAP yang menukil kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada Ahad (8 Feb).
Bandar Ksar al-Kebir yang terletak di timur laut ibu negara Rabat merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas.
Menurut laporan itu, sebahagian besar penduduk di kawasan berkenaan dipindahkan susulan paras air yang semakin meningkat.
Akses ke beberapa buah kampung di wilayah terbabit turut terputus selepas Sungai Sebou melimpah akibat hujan lebat yang berterusan.
Pada Disember lalu, seramai 37 orang dilaporkan maut akibat hujan lebat dan banjir yang melanda negara itu.
Hujan lebat kali ini berlaku selepas Maghribi berdepan dengan masalah kemarau dahsyat serta kekurangan taburan hujan selama beberapa tahun.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.