Puluhan ribu penduduk Kalimantan Selatan dipindahkan akibat banjir besar
Puluhan ribu penduduk Kalimantan Selatan di Indonesia, terpaksa berpindah akibat banjir besar.
BANJARMASIN: Puluhan ribu penduduk Kalimantan Selatan di Indonesia, terpaksa berpindah akibat banjir besar.
Di sesetengah tempat air banjirnya sedalam 3 meter.
Semasa melawat kawasan-kawasan terjejas Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata banjir yang berlaku sekarang tidak pernah dialami Kalimantan Selatan dalam masa 50 tahun.
Banjir itu akibat hujan lebat selama 10 hari berturut-turut dan ia menjejas kira-kira 10 daerah serta bandar.
Sejauh ini sekurang-kurangnya 15 orang disahkan mati.
Sehingga hujung minggu lepas, sekitar 40,000 penduduk dipindahkan ke tempat-tempat berteduh, seperti di terminal bas ini.
Pegawai bantuan bencana mengatakan pihak berkuasa memperuntukkan bantuan bernilai lebih AS$70,000 (S$93,121).
Pakar-pakar alam sekitar berkata kegiatan pertanian ladang-ladang kelapa sawit dan perlombongan menyebabkan kerosakan tanah sehingga menyebabkan peningkatan masalah banjir.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.