Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Puluhan ribu penduduk dipindahkan sedang kebakaran hutan terus merebak di Kanada

Anggaran Waktu Membaca:
Puluhan ribu penduduk dipindahkan sedang kebakaran hutan terus merebak di Kanada

Gambar: ANDREJ IVANOV / AFP

Diterbitkan : 19 Aug 2023 07:57AM Dikemas Kini : 19 Aug 2023 07:58AM
YELLOWKNIFE: Pihak berkuasa di Kanada sedang bertungkus-lumus memindahkan beribu-ribu penduduk sedang kebakaran hutan merebak ke serata negara sehingga memasuki Wilayah-Wilayah Barat Laut negara itu.

Pihak berkuasa bimbang tiupan angin kencang mungkin membawa kebakaran itu ke satu-satunya lebuhraya di ibu negara Kanada.

Pihak berkuasa Yellowknife telah mengarahkan kesemua 20 ribu penduduk supaya meninggalkan kediaman masing-masing.

Menurut pihak berkuasa, tempoh 24 hingga 48 jam seterusnya amat genting sedang mereka berusaha memindahkan semua penduduk sebelum kebakaran menyekat semua jalan keluar.

Beratus-ratus penduduk beratur di luar sebuah sekolah tinggi tempatan untuk menaiki pesawat penyelamat ke wilayah Alberta.
Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan