Puluhan penunjuk perasaan ditahan; bantah kerahan askar Rusia ke Ukraine
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
MOSKO/KYIV: Sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan ditahan kerana membantah pengerahan askar di Dagestan, wilayah selatan Rusia.
Mereka turut meluahkan kemarahan terhadap arahan Presiden Vladimir Putin untuk mengerahkan beratura-ratus ribu askar untuk berperang di Ukraine.
Pengerahan askar itu adalah yang pertama bagi Rusia sejak Perang Dunia Kedua dan ia diumumkan oleh Encik Putin pada Rabu (21 Sep).
Ia turut mencetuskan bantahan dan tunjuk perasaan di berpuluh-puluh bandar di merata negara itu.
Kemarahan orang ramai nampaknya sangat ketara di wilayah-wilayah etnik minoriti miskin seperti Dagestan, sebuah kawasan majoriti Muslim yang terletak di tepi pantai Laut Kaspia (Caspian Sea) di kawasan pergunungan utara Kaukasus (Caucasus).
Menurut kumpulan pemantau bebas OVD-Info, sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan ditahan di ibu kota Makhachkala.
Pada Ahad (25 Sep), pihak polis melepaskan tembakan ke udara selepas berpuluh-puluh penunjuk perasaan di sebuah kampung di Dagestan menyekat sebatang jalan utama sebagai bantahan terhadap tindakan para pegawai yang mengerahkan 100 lelaki daripada kampung tersebut, dengan jumlah penduduk seramai 8,000 orang untuk perkhidmatan tentera.
Menurut Kementerian Pertahanan Rusia pada Rabu (21 Sep), hampir 6,000 askar Rusia terbunuh sejak 24 Februari, dengan pecahan perangkaannya berdasarkan wilayah belum lagi didedahkan.

Sumber : Reuters/AE/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.