Puluhan penerbangan Cathay Pacific termasuk SG ke Hong Kong dibatal dek komponen enjin A350 rosak
Anggaran Waktu Membaca:

Pesawat A350 Cathay Pacific. (Gambar fail: Charly Triballeau/AFP)
SINGAPURA: Syarikat penerbangan Cathay Pacific Airways membatalkan sebanyak sepuluh penerbangan dari Singapura ke Hong Kong, yang dijadual berlepas pada Selasa (3 Sep) dan Rabu.
Ini di tengah-tengah kerja penyenggaran yang dijalankan, melibatkan semua pesawat Airbus A350 miliknya.
Lapan penerbangan dari Hong Kong ke Singapura pada kedua-dua hari itu juga dibatalkan, di samping berpuluh-puluh penerbangan Asia Pasifik yang lain, menurut syarikat penerbangan itu pada Selasa.
Cathay Pacific memutuskan untuk memeriksa semua pesawat A350 miliknya menyusuli insiden yang mana komponen enjin gagal berfungsi semasa satu penerbangan, selang beberapa minit selepas ia berlepas dari Hong Kong pada Isnin.

Aktiviti penyenggaraan ke atas pesawat A350 miliknya sedang "berjalan dengan lancar", menurut syarikat penerbangan tersebut.
"Secara keseluruhan, kami telah mengenal pasti sebanyak 15 pesawat dengan komponen enjin yang terjejas yang memerlukan penggantian dan tiga telah melalui kerja pembaikan dengan jaya," tambahnya.
"Baki pesawat itu akan tidak beroperasi sehingga ia diperbaiki dan dibersihkan untuk beroperasi."
Cathay Pacific mendedahkan bahawa pihaknya menjangkakan semua pesawat yang terjejas akan dapat menyambung semula operasi menjelang Sabtu.
Semua pelawat yang terjejas oleh pembatalan penerbangan itu telah dimaklumkan dan diberikan pilihan perjalanan alternatif.
Syarikat penerbangan tersebut menambah pihaknya telah mengetepikan yuran pertukaran tiketnya, termasuk caj tempahan semula dan laluan semula, untuk menjadikannya "lebih mudah" bagi para penumpang menyusun semula rancangan perjalanan mereka.
Antara penerbangan yang dibatalkan pada Rabu termasuk penerbangan antara Hong Kong dan Sydney, Osaka, Tokyo, Taipei, Bangkok dan Singapura, manakala satu penerbangan - Seoul ke Hong Kong - dibatalkan pada Khamis.
Cathay Pacific menasihatkan para pelawat agar menyemak lamannya untuk mendapatkan maklumat penerbangan terkini.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.