Skip to main content

Dunia

Puluhan pekerja 'ojek' adakan tunjuk perasaan di depan bangunan Parlimen Indonesia

Berpuluh-puluh penunggang motosikal khidmat penghantaran atau 'ojek' menempuh hujan lebat untuk mengadakan tunjuk perasaan di Gedung DPR/MPR atau bangunan Parlimen Indonesia bagi membuat beberapa tuntutan seperti dikurangkan jumlah komisen yang diambil oleh platform khidmat kereta sewa privet yang mereka gunakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Puluhan pekerja 'ojek' adakan tunjuk perasaan di depan bangunan Parlimen Indonesia

Berpuluh-puluh penunggang motosikal khidmat penghantaran atau 'ojek' menempuh hujan lebat untuk mengadakan tunjuk perasaan di Gedung DPR/MPR. (Gambar: ANTARA)

Diterbitkan : 17 Sep 2025 05:11PM Dikemas Kini : 17 Sep 2025 05:12PM
JAKARTA: Berpuluh-puluh penunggang motosikal khidmat penghantaran atau 'ojek' menempuh hujan lebat untuk mengadakan tunjuk perasaan di Gedung DPR/MPR atau bangunan Parlimen Indonesia bagi membuat beberapa tuntutan seperti dikurangkan jumlah komisen yang diambil oleh platform khidmat kereta sewa privet yang mereka gunakan.

Mereka tiba di hadapan Gedung DPR/MPR pada Rabu (17 Sep) pada kira-kira pukul 1.25 tengah hari waktu tempatan, di tengah-tengah hujan lebat di kawasan itu.

"Kami akan terus menyuarakan suara kami, meski diguyur hujan tidak masalah," kata salah seorang penunjuk perasaan semasa berucap di depan Gedung DPR/MPR Jakarta.

Hujan lebat yang bercurahan turun tidak sekali mematahkan semangat para penunggang motosikal khidmat penghantaran untuk memperjuangkan tuntutan mereka, lapor Antara.

Antara tuntutan yang dibawa adalah supaya dihapuskan sistem slot (aceng), komisen dipotong maksimum sebanyak 10 peratus, supaya undang-undang pengangkutan digubal dan peraturan pengangkutan dirombak.

Sebelum ini, Polis Metro Jakarta Pusat menyatakan seramai 6,118 kakitangan daripada Tentera Nasional Indonesia (TNI), Polisi Republik Indonesia (Polri) dan Pemerintah Provinsi Daerah Khusus Ibukota Jakarta (Pemda DKI) dikerahkan unutk mengawal tunjuk perasaan oleh penunggang motosikal khidmat penghantaran (ojek) di Gedung DPR/MPR dan kawasan Monumen Nasional (Monas).

"Kekuatan pasukan pengamanan aksi unjuk rasa di Jakpus sebanyak 6.118 personel," kata Ketua Polis Wilayah Metro Jakarta Pusat Kombes Pol Susatyo Purnomo Condro, seperti dipetik Antara.

Menurutnya di Jakarta Pusat, terdapat tunjuk perasaan yang dilakukan oleh pemandu ojek dan sejumlah perikatan masyarakat yang berkumpul di depan Gedung DPR/MPR RI dan kawasan Monas.

"Pengamanan ini dilakukan untuk menjaga kelancaran penyampaian aspirasi publik," ujarnya.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita