Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Puluhan maut di Gaza susuli serangan udara Israel sedang Qatar luah harapan capai gencatan senjata

Anggaran Waktu Membaca:
Puluhan maut di Gaza susuli serangan udara Israel sedang Qatar luah harapan capai gencatan senjata

Gambar: Eyad BABA / AFP

Diterbitkan : 08 Dec 2024 09:27AM Dikemas Kini : 08 Dec 2024 09:28AM
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 34 rakyat Palestin maut berikutan serangan di Gaza pada Sabtu (7 Dis), lapor pegawai kesihatan di wilayah itu.

Serangan berkenaan berlaku sedang Qatar memberi harapan mengenai usaha baharu untuk mencapai persetujuan antara Israel dan Hamas bagi melaksanakan gencatan senjata.

Pegawai kesihatan tersebut menyatakan, satu serangan Israel terkena sebuah rumah di Bandar Gaza pada lewat Sabtu, sekali gus mengorbankan seramai empat wanita.

Tentera Israel tidak segera mengulas mengenai serangan yang dilaksanakan di merata Gaza.

Angka korban meningkat dari 30, yang dilaporkan pada awal Sabtu oleh Kementerian Kesihatan Palestin, yang turut mendedahkan bahawa puluhan orang cedera.

Kementerian itu tidak membezakan antara orang awam dan anggota militan dalam perangkaan angka korban yang dilaporkan setiap hari, dan Reuters tidak dapat mengesahkan perangkaan itu secara bebas.

Israel bagaimanapun, menuduh kumpulan Hamas, menggunakan orang awam sebagai perisai manusia.

Dakwaan itu bagaimanapun disangkal kumpulan Hamas.

Sementara itu, Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani berkata, Qatar telahpun berhubungan dengan pentadbiran bakal Presiden Amerika Donald Trump berhubung Gaza.

Utusan Timur Tengah Donald Trump telah berangkat ke Qatar dan Israel untuk memulakan usaha diplomatik bakal Presiden Amerika itu bagi mencapai perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan sebelum pelantikannya pada 20 Januari nanti, jelas satu sumber yang diberi taklimat mengenai perbincangan tersebut kepada Reuters pada Khamis.

Sementara itu, kumpulan Hamas menekankan pada Sabtu bahawa perjanjian gencatan senjata hanya boleh dicapai jika ia menjamin penamatan perang di Gaza, yang sekali gus mengulangi pendiriannya itu. Israel pula menyatakan, perang hanya boleh berakhir apabila kumpulan Hamas dihapuskan.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan