Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Puluhan diberkas susuli rusuhan ganas di Britain atas pembunuhan 3 remaja perempuan

Anggaran Waktu Membaca:
SOUTHPORT: Berpuluh-puluh orang telah diberkas di merata Britain, sedang rusuhan ganas sekali lagi menggemparkan beberapa bandar di negara itu.

Ia menyusuli pembunuhan tiga remaja perempuan di barat laut England.

Para perusuh bertempur dengan polis semasa mengadakan beberapa bantahan anti-imigresen.

Keganasan telah didorong sebahagiannya oleh maklumat salah online yang mendakwa seolah-olah suspek dalam serangan pisau pada Isnin lalu (29 Ogos) adalah seorang pendatang asing yang beragama Islam.

Setiausaha Dalam Negeri Britain Yvette Cooper berkata mereka yang terlibat dalam keganasan itu akan menanggung padahnya.

Sebagai respons terhadap bantahan tersebut, kerajaan Britain bersedia untuk mengarahkan mahkamah dibuka selama 24 jam, sedang ia mengusulkan langkah kecemasan untuk menangani begitu banyak tuduhan yang berkaitan dengan rusuhan.

Kali terakhir langkah sedemikian dikuatkuasakan adalah semasa rusuhan besar-besaran pada 2011.
Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan