Skip to main content

Dunia

Puluhan di tengah Jepun cedera susuli gempa magnitud 5.7

Anggaran Waktu Membaca:
Puluhan di tengah Jepun cedera susuli gempa magnitud 5.7

Gegaran dilaporkan turut dirasai di beberapa wilayah lain tetapi ia tidak menimbulkan risiko tsunami.

Diterbitkan : 08 Nov 2026 02:39PM Dikemas Kini : 08 Nov 2026 02:40PM
Dozens injured after magnitude 5.7 earthquake in central Japan
  • A magnitude 5.7 earthquake struck central Japan at 1.04am on Sunday, Nov 8, with its epicentre west of Shizuoka Prefecture at a depth of about 40km.
  • At least 20 people were injured in Aichi, while tremors were also felt in Gifu, Nagano and Yamanashi; no tsunami risk was reported.
  • The government set up a liaison office to coordinate the response, and authorities urged residents to remain alert for possible aftershocks in the coming days.
  • There was a temporary disruption to the Tohoku Shinkansen between Tokyo and Iwate, but services resumed; Japan lies on the Pacific Ring of Fire, where earthquakes and volcanic activity are frequent.
Dijana oleh AI

TOKYO: Gempa bumi sekuat 5.7 pada skala Richter melanda tengah Jepun pada awal pagi Ahad (8 Nov), menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang cedera di Wilayah Aichi, lapor Kyodo News yang menukil pihak berkuasa.

Agensi Meteorologi Jepun memaklumkan gempa bumi pada pukul 1.04 pagi itu berpusat di barat Wilayah Shizuoka pada kedalaman kira-kira 40 kilometer dan mencatatkan bacaan 5.0 pada skala kekuatan seismik Jepun di Chita, Wilayah Aichi.

Kerajaan sudah pun menubuhkan sebuah pejabat perhubungan bagi menyelaras tindak balas terhadap gempa bumi itu.

Agensi berkenaan memaklumkan gempa bumi itu tidak menimbulkan risiko tsunami.

Gegaran dilaporkan turut dirasai di beberapa wilayah berhampiran termasuk Gifu, Nagano dan Yamanashi.

Di Wilayah Aichi, jabatan bomba melaporkan dua individu di Bandar Toyota dipercayai cedera susulan gegaran itu.

Pihak berkuasa menggesa penduduk di kawasan terjejas supaya terus berwaspada terhadap aktiviti seismik susulan, sambil memberi amaran bahawa gempa susulan mungkin berlaku dalam beberapa hari akan datang.

Sementara itu, perkhidmatan kereta api laju Tohoku Shinkansen antara Tokyo dan Iwate terganggu, tetapi pengendali kemudian memaklumkan perkhidmatan itu telah disambung semula.

Jepun terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik, kawasan yang sering mengalami aktiviti gempa bumi dan gunung berapi.

Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita