Puluhan anggota polis terbunuh dalam serangan di Dagestan
Anggaran Waktu Membaca:
MOSKO: Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah saumah Yahudi, gereja Ortodoks dan sebuah pos polis di dua bandar wilayah Dagestan, Caucasus Utara, pada Ahad (23 Jun).
Seorang paderi dan puluhan pegawai polis terbunuh, kata ketua wilayah tersebut.
"Ini adalah hari malang untuk Dagestan dan seluruh negara," kata Sergei Melikov, gabenor wilayah Dagestan, dalam video yang dimuat naik pada Isnin (24 Jun) pagi di aplikasi mesej Telegram.
Encik Melikov berkata lebih daripada 15 pegawai polis "menjadi mangsa" kepada apa yang dikatakannya sebagai "serangan pengganas".
Namun beliau tidak mengatakan jumlah polis yang terbunuh dan berapa ramai orang yang cedera. Agensi Interfax Rusia melaporkan sekurang-kurangnya 15 pegawai polis terbunuh.
Serangan serentak di bandar Makhachkala dan Derbent berlaku tiga bulan selepas 145 orang terbunuh dalam serangan yang didakwa oleh ISIS di sebuah dewan konsert berhampiran Mosko, iaitu serangan pengganas paling buruk di Rusia dalam beberapa tahun.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan di wilayah Caucasus Utara itu.
Media Rusia yang memetik penguatkuasaan undang-undang menyatakan antara penyerang yang diberkas adalah dua anak lelaki ketua daerah Sergokala, Dagestan.
Encik Melikov berkata antara yang maut, selain pegawai polis, adalah beberapa orang awam, termasuk seorang paderi Ortodoks yang sudah bekerja di Derbent selama lebih 40 tahun.
Jurucakap Gereja Ortodoks Rusia berkata di Telegram bahawa paderi tersebut, Nikolai Kotelnikov, "dibunuh dengan kejam".
Enam lelaki bersenjata ditembak mati sedang insiden itu berlaku, tambah Encik Melikov. Agensi berita Rusia memetik Jawatankuasa Anti-Pengganas Kebangsaan yang menyatakan lima daripada lelaki bersenjata itu berjaya dibunuh.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.