Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pulau Pinang tarik balik Darjah Kebesaran kepada Najib

Anggaran Waktu Membaca:
Pulau Pinang tarik balik Darjah Kebesaran kepada Najib

Najib Razak. (Gambar fail: Bernama)

GEORGE TOWN: Yang Dipertua Pulau Pinang Ahmad Fuzi Abdul Razak bersetuju menarik balik penganugerahan Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak, berkuat kuasa pada Khamis (15 Sep).

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Zakuan Zakaria dalam satu kenyataan hari ini berkata Najib dikurniakan keahlian D.U.P.N. yang membawa gelaran Datuk Seri Utama itu pada 2009.

"Pada 23 Ogos lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap beliau atas beberapa pertuduhan.

“Berdasarkan sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahlian beliau sebagai penyandang D.U.P.N. yang membawa gelaran Datuk Seri Utama adalah dibatalkan dan dimansuhkan berkuat kuasa pada 15 Sep," katanya. 

Menurut beliau, pembatalan dan pemansuhan Keahlian ini adalah selaras dengan kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 6 dan 8 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang serta Peraturan 18 Statut Darjah Pangkuan Negeri 2011.

Pada Isnin (12 Sep) lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk Seri' dan ‘Datuk’ yang dikurniakan kepada Najib pada 2004 dan 1992, ditarik balik dan dibatalkan.
 
Sumber : Agensi berita/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan