Pulau Pinang dijangka raih ‘durian runtuh’ RM1 bilion sempena musim 3 bulan pada tahun ini
Anggaran Waktu Membaca:
GEORGE TOWN: Musim durian selama tiga bulan di Pulau Pinang dijangka akan menjana lebih RM1 bilion (S$290 juta) hasil jualan durian pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keselamatan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang Fahmi Zainol berkata musim durian tahun ini lebih panjang kerana ia akan bermula pada Jun dan dijangka bertahan sehingga Ogos, yang bermakna penjualan durian akan meningkat tiga kali ganda, lapor Malay Mail.
“Tahun lalu, pengeluaran durian adalah 20,082 tan metrik dan jika nilainya pada RM15 (S$4.30) sekilogram, ini bermakna penjualannya adalah RM301 juta pada tahun lalu,” katanya.
Menurut Encik Fahmi, RM301 juta (S$86 juta) hanya untuk penjualan domestik dan tidak termasuk durian yang dieksport ke luar negara.
Menurut beliau selanjutnya, musim durian hanya sebulan, pada Jun tahun lalu, jadi jika pengeluarannya meningkat tiga kali ganda tahun ini, ia akan meningkatkan penjualan sehingga RM1 bilion (S$290 juta).
“Ini berdasarkan purata nilai jualan kira-kira RM15 (S$4.30) sekilogram untuk durian kampung, tetapi jika kita bercakap tentang durian kacukan seperti Musang King atau Ang Heh dengan harga jualan RM80 (S$23) sekilogram, jumlah penjualan tahun ini mungkin melebihi RM1 bilion (S$290 juta),” katanya dalam temu bual dengan Malay Mail.
Dusun durian di Pulau Pinang adalah seluas 1,734.24 hektar, dengan purata pengeluaran lebih 20,000 tan metrik setiap tahun.
Encik Fahmi berkata tahun ini, pengeluaran akan meningkat tiga kali ganda kepada kira-kira 60,000 tan metrik disebabkan oleh keadaan cuaca panas yang berpanjangan.
“Kami kini mempunyai dua durian kacukan baharu, Tupai King dan Cenderawasih, jadi kami boleh menjangkakan ia akan menjadi tarikan baharu untuk penggemar durian datang ke Pulau Pinang,” katanya.
Beliau berkata musim durian merupakan salah satu tarikan agropelancongan utama Pulau Pinang, yang mempunyai pengunjung dari seluruh dunia, termasuk Singapura dan China.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.