Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pulau Pinang benarkan akad nikah mulai 8 Mei

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan membenarkan semula urusan akad nikah umat Islam, yang sebelum ini ditangguhkan semasa langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula esok (8 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:
Pulau Pinang benarkan akad nikah mulai 8 Mei

Gambar hiasan pasangan mempelai menyarungkan cincin perkahwinan. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 07 May 2020 10:18PM Dikemas Kini : 07 May 2020 10:19PM

GEORGE TOWN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan membenarkan semula urusan akad nikah umat Islam, yang sebelum ini ditangguhkan semasa langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula esok (8 Mei).

Namun, pengarah jabatan itu, Encik Zulkifli Long, berkata sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), majlis akad nikah hanya boleh dijalankan di pejabat agama daerah sahaja dengan kehadiran terhad serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"JHEAIPP akan membenarkan akad nikah bermula esok dan untuk permulaan ia (akad nikah) untuk bakal pengantin yang dokumen serta borang mereka telah siap dan diluluskan sebelum PKP.

"Majlis akad nikah hanya akan dibuat di pejabat agama daerah sahaja, namun jika bakal pengantin dalam keadaan tidak sihat seperti demam, mereka tidak dibenarkan untuk melangsungkan perkahwinan kerana kami menjaga kemaslahatan semua pihak yang terbabit dalam urusan majlis akad nikah," jelasnya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

Beliau berkata orang ramai yang sudahpun membuat permohonan kebenaran akad nikah secara dalam talian menerusi laman sesawang JHEAIPP sepanjang tempoh PKP perlu mencetak semua borang yang mereka isi melalui online untuk dikemukakan kepada pejabat agama di setiap daerah bagi tindakan selanjutnya.

Encik Zulkifli menambah mereka yang hadir di pejabat agama perlu mematuhi SOP iaitu memakai pelitup menutupi mulut serta hidung dan cecair pembasmi kuman tangan sebelum berurusan di kaunter selain menjaga jarak sosial dan jumlah pengunjung yang dihadkan pada satu-satu masa. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan