Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pulau Komodo mungkin ditutup sementara mulai 2020

Indonesia mungkin akan menutup sementara pulau yang menjadi habitat biawak komodo bagi menangani pelbagai masalah menyusuli pelancongan besar-besaran termasuk percubaan menyeludup biawak terbesar dunia itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pulau Komodo mungkin ditutup sementara mulai 2020

Seekor naga Komodo mencari mangsa di kawasan pantai Pulau Komodo. (Gambar: Romeo Gacad/AFP)

Diterbitkan : 04 Apr 2019 06:27PM Dikemas Kini : 04 Apr 2019 06:37PM

JAKARTA: Indonesia mungkin akan menutup sementara pulau yang menjadi habitat biawak komodo bagi menangani pelbagai masalah menyusuli pelancongan besar-besaran termasuk percubaan menyeludup biawak terbesar dunia itu.

Cadangan penutupan itu masih menanti kelulusan pemerintah dan akan bermula tahun depan tetapi tidak membabitkan pulau berhampiran yang turut dihuni haiwan karnivor itu.

Ribuan pelancong mengunjungi kelompok pulau di timur Indonesia itu setiap tahun. Ia merupakan satu-satunya tempat di dunia yang membolehkan biawak komodo dilihat secara semula jadi.

Pulau Komodo adalah kediaman kepada hampir 2,300 biawak itu yang boleh membesar kira-kira tiga meter dengan berat antara 70 hingga 90 kilogram.

“Pelancongan besar-besaran sudah berlaku di Pulau Komodo dan ia sangat mengganggu.

“Apabila terlalu ramai pelancong mengunjungi Taman Negara Komodo, ia akan menjejaskan kehidupan haiwan terbabit,” kata ketua agensi pelancongan tempatan, Marius Ardu Jelamu.

Menurut Encik Jelamu, Jakarta pada dasarnya bersetuju untuk menutup secara sementara taman negara berkenaan.

Sepanjang tempoh penutupan, kerja-kerja pemuliharaan akan dilaksanakan untuk memulihara tanaman serta menambah bilangan haiwan seperti rusa, babi hutan dan beberapa jenis lain yang menjadi makanan biawak berkenaan. 

Sumber : AFP/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan